Pendidikan Zakaria Kasa

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah (1964 – 1969), Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang (1970 – 1972),Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, (1973 – 1974) dan Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia (1975 – 1978).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Pertanian (1978) dan Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 1980 daripada Universiti Louisiana State , Louisiana, Amerika Syarikat . Ph.D dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (1993) daripada Universiti Ohio State, Ohio, Amerika Syarikat.[2]

Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah UPM (1982) Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dipinjamkan ke UPSI sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI (2007 sehingga 31 Ogos 2011).

Beliau menjalankan lebih 35 projek penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Perkhidmatan Pembangunan Jerman, Kementerian Pengajian Tinggi, Unit Perancangan Ekonomi serta Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, lebih 140 hasil penulisan dan penyelidikan beliau diterbitkan dalam buku, jurnal, modul serta kertas kerja seminar dan persidangan.

Beliau terbabit dalam perangkaan kurikulum sekolah berkaitan bidang pertanian, agroteknologi, pendidikan teknikal dan vokasional serta Ahli panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Penilaian Kurikulum Institut Pendidikan Guru.

Beliau juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara. Anmtara tumpuannya ialah menambahbaik pendidikan dasar bermula Tahun 1 hingga Tahun 3 dengan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta kemahiran insaniah termasuk penghayatan nilai murni dan adab.[3]

Beliau adalah Pengerusi Majlis Dekan-dekan Fakulti Pendidikan Universiti Awam dan Presiden Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia.Beliau juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN).